Saturday 20 March 2010

Pameran Dinasour di Yayasan Islam Pahang


















Ini adalah kali ke-2 kami ke pameran dinasour yang terletak di Yayasan Pahang.

Namun kali ini kami pergi beramai-ramai dan memang seronok dapat ke tempat ini apabila ramai kanak-kanak yang ikut..


Namun apa yang terjadi, yang tidak disangka-sangka nazira (4 tahun-anak ida yang ke-2) menangis kat depan kaunter sebab tengok kepala dinasour yang besar..tapi bila masuk ok je dia..terkejut agaknya..hehehe



















Selepas itu, bermulalah episod darwisy dan haziq silih berganti menangis ketakutan tengok dinasour..masa pergi kali pertama dulu darwisy takut jugak tapi tak nangis pun..mungkin dah besar sikit dah rasa takut..hehehe.

so, masa dalam tu, kami ramai-ramai duk memujuklah mereka..

masa nak jadi saintis muda, barulah darwisy dan haziq mula kelihatan seronok bermain..masa menembak bagi dinasour makan pun kelihatan mereka seronok jugak..



















Ini sajalah gambar yang dapat diambil disebabkan darwisy dan haziq ketakutan sampaikan gambar bersama dinasour tak berapa boleh nak ambil..


So bagi sesiapa yang ada di kawasan berdekatan kuantan, kemaman bolehlah bawa keluarga ke pameran dinasour..





















Harga tiket kira berpatutanlah :

1. Dewasa RM6.00
2. Remaja RM3.00
3. Kanak-kanak 5-12 Tahun RM2.00

tapi masa kami pergi 3 orang dewasa, 1 remaja, 1 kanak-kanak dan 2 orang bawah 3 tahun dikenakan RM20.00 sahaja. so kira oklah..


Apa pun kami semua seronok dapat pergi bersama ke pameran dinasour ini..lucu pun ada jugak..hehehe..

0 comments:

Post a Comment