Pernahkah kita memohon supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?sebenarnya kita perlu buru dan kena cari.Antara tanda-tanda mati husnul khatimah ialah:
-
1. Mengucap 2 kalimah syahadah ketika meningggal dunia.- Rasulullah saw bersabda, maksudnya :'sesiapa yang pada akhirnya kalimahnyamengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.'(hadis riwayat hakim)
-
2. ketika meninggal dunia dahinya berkeringat.-Rasulullah saw bersabda, maksudnya : 'Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringatdahinya.'(hadis riwayat Ahmad, an-nasai,at-Tirmizi,ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
-
3. Meninggal pada malam atau hari jumaat.-Rasulullah saw bersabda, maksudnya:'Tidaklah seorang mukmin yang wafat pada harijumaat atau pada malam jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksakubur.'(Hadis riwayat Ahmad)
-
4. Mati syahid di medan perang
-
5. Mati dalam peperangan fisabilillah
berkenaan ini, Rasulullah bersabda, maksudnya :'apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: 'wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa sahaja yang mati terbunuh di jalan Allah'. Baginda bersabda:'kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.' Kalangan sahabat kembali bertanya:'kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?'. Baginda menjawab:"Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah,yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerna penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid(hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
-
Saturday 20 March 2010
Home » 15 Tanda Kematian Mulia » 15 Tanda Kematian Mulia
15 Tanda Kematian Mulia
6. Mati disebabkan penyakit kolera
- Rasulullah saw bersabda, maksudnya:'penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi
setiap muslim'(hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam
-
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas 7 dan 8 adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:'kalangan syuhada itu ada lima, orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah'.(hadis riwayat Iman Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan Ahmad)
-
9.Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak
-
10. Mati terbakar
-
11. Mati kerana penyakit busung perut
-
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC)
Dalam perkara ini, ini berdasarkan sabda Rasulullah saw, maksudnya:'mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan anak adalah syahid, matimkerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid'.(Hadis riwayat Thabrani)
-
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak
-Rasulullah saw bersabda: 'sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya(dalam
riwayat lain: sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid'.
(hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-nasa'i,at-Tirmizi,Ibnu Majah, dan Ahmad)
-
14. Mati dalam membela agama dan jiwa.
-Rasulullah saw bersabda, maksudnya:'sesiapa yang terbunuh dalam membela hartanya, dia
mati syahid; siapa sahaja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati
membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan
darah (jiwanya) dia syahid.
-
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah dan ketika mengerjakan amal soleh.
- Rasulullah saw bersabda, maksudnya :'berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari
semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan solat
pada malam harinya. apabila dia amti, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu
dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)
semoga kita mendapat petunjuk dan rahmat Allah swt....Amin....
Posted by Adlan members at 23:09
Labels: 15 Tanda Kematian Mulia
0 comments:
Post a Comment