Saturday 20 March 2010

Istimewa buat Penjawat Awam-Rumah Peranginan Persekutuan




Para penjawat awam pastinya mengetahui bahawa ada kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan. Rumah tersebut tersedia bagi kemudahan kakitangan awam menginap jika mereka melancong. Anggapan bahawa rumah persekutuan sebagai tidak glamour adalah salah kerana pihak kerajaan di bawah Bahagian Pengurusan Hartanah telah lama menaik taraf kemudahan dan menjadikan rumah persekutuan adalah bertaraf hotel.



Salah satu antara yang popular adalah Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands yang amat mudah untuk dicari. Terdapat papan tanda yang jelas menunjukan arah rumah tersebut. Dari sewa bilik hinggalah banglo dengan kadar sewa yang murah berbanding hotel tapi kemudahan banglo hanya untuk pegawai gred 48 keatas sahaja.
Pengunjung tidak perlu menunggu lama (hingga 6 bulan seperti dahulu) kerana tempahan secara online.

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai rumah peranginan dan penginapan ini..Jadi kepada kakitangan awam, nikmatilah kemudahan yang disediakan.
Tempahan untuk menginap boleh dibuat secara online melalui http://www.bph.gov.my/

0 comments:

Post a Comment